Quantcast
Channel: My Life as a Mother and Wife
Viewing all 565 articles
Browse latest View live

::PERGI DAH SORANG..::

$
0
0
3.3.15



Takde dah sorang auntie cina yg sama2 dialisis kat tempat aku. Depan mata aku sendiri boleh nampak makin hari, auntie tu makin kurang sihat. Dari boleh balik dari dialisis gi salon bagai, sampai la berpapah masa dtg cuci darah last Jumaat lepas. Sabtu tu perginya. Dah sampai ajalnya kan..kita ni ntah bila la agaknya..

Aku suka tengok suami auntie tu layan dia. Aku panggil uncle. Baik sangat2 orgnya. Tak jemu2 langsung melayan bini dia. Uncle tu tunggu bini dia dari start dialisis sampai la habis. Duduklah dia kat kerusi depan tu kadang2 sampai tertido. Dia rajin gak melayan bila aku kacau2 dia :) kowang tak boleh nk bayangkan betapa romantik giler2 uncle tu dgn auntie tau. huhu...sronok tengok dowang. Setahu kami, hari ni lah hari pengkebumian auntie tu. Mesti uncle rindu sgt2 dgn dia nnt... -____-'



::ITU HAK KAMI!!::

$
0
0
9.3.15 

6.3.15 ~ 'Kami tak pernah mintak nak sakit camni. Sakit yg memerlukan banyak perbelanjaan. Kami bukan orang senang. Kami mohon hak kami. Bukannye kami minta duit orang, bukan minta sedekah. Kenapa kami dilayan mcm pengemis? Itu duit hasil bekerja kami sebelum ni. Apa yg susahnya? Ni ada aku sharekan pengalaman sorang patient yg mohon pengeluaran hilang upaya KWSP minggu lepas & arwah telah pun meninggal dunia semalam..Allahukhbar!! Innallilah..Al~Fatihah utk arwah..'

Minggu lepas ada aku tepek kat wall aku pasal rintihan hati Arwah Hayatiyati Tie, pesakit kanser yg meninggal (5.3.15) semiggu lps diinterview panel doktor KWSP. Hari yg aku dpt tau cerita pasal arwah tu, aku gi cuci. Kowang bayangkanlah..BP aku trus melambung2 tinggi smp 187 tau! Serabut rasa jiwa raga aku. Selama ni aku malas nk cerita kat sini. Camne layanan doktor2 panel KWSP masa aku gi interview haritu. Siyes aku ckp ye..betol2 mcm sial laknat!! molot capoi tak menjaga hati & perasaan kami2 yg sakit ni langsung. Haritu aku dpt interview kt Hosp Ampang. Aku sebenarnya nk buat pengeluaran hilang upaya. Yelah, aku kan dah tak mencarum lagi. Buat apa disimpan duit tu kat situ. Baiklah aku keluarkan masuk dlm bank & yg paling utama, aku nk lunaskan hutang aku & clearkan apa yg patut. Aku dah takde pendapatan tetap. Gaji laki aku pon bukannye banyak. Gaji dia kecik sgt2 tau. Aku nk kowang bayangkan hidup skang ni camne. Bayangkan kami ada 4 org anak yg tgh nak naik. Semuanya masih bersekolah. 

Masa memula aku pegi KWSP tanya & hantar semua dokumen yg dowang nak mcm surat diberhentikan kerja, surat ilat dari socso & report dari doktor Hosp Selayang, pegawai tu ada buat interview kt kaunter & mmg terus diluluskan. Katanya aku memang layak utk memohon pengeluaran hilang upaya tu. So, dia kasi 1 tarikh utk interview kt hosp ampang. Sampai harinya aku pon pegilah ke sana & opkoslah aku gi dengan gaya selebet. Yelah, biasanya kan kalau org tengok aku mcm biasa ni org tak caye yg aku ni sakit. So, takdelah aku tepek eyeliner & setip. Betol2 mcm mayat rupa aku masa interview tu. Punyelah lama aku tunggu kt sana sebab sengaja sampai awal. Sekali bila dipanggil masuk, rasanya tak sampai pon 3 minit dlm tu. Aku dah DIHALAU keluar!! 'dah, awak balik lah. awak boleh kerja lagi ni. setakat sakit buah pinggang je. awak kene ada 2-3 penyakit baru boleh. jangan awak ingat socso dah bagi awak bantuan, KWSP senang nk kasi awak duit. boleh balik!' - sumpah aku ingat lagi gaya & muka laknat doktor perempuan tu! sampai malam tu aku tak boleh nk lelap mata sebab terbayangkan muka & gaya dia jeling aku! Ya Allah...sungguh aku tak boleh nk hadam kenapa dia layan kami camtu. Bukan aku sorang je yg kene..pesakit lain pon dilayannya sama camtu jugak. Ok2, kalaulah yg kami gi tu utk mintak bantuan dari kebajikan ke apa..boleh kot aku terima. Tapi ini tidak! kami bukan mohon bantuan. Kami nak mintak duit kami sendiri. HAK kami! duit hasil kami bekerja sebelum ni. tp kenapa dilayan kami macam pengemis??? Ya Allah...benda tak kene lagi kt batang hidung sendiri..  :( sakit mcm aku yg byk nk kene luang masa kt pusat dialisis tu & bila lps cuci lemah mcm rasa nk mati ni sape yg nk amik bekerja mcm biasa lagi?? company mana? cer bgtau aku :/

Yg aku share luahan kat bawah ni sama2 interview kat tempat aku haritu. Layanan yg dia dapat pon sama. Doktor tu mulut sama laknat! walhal arwah ada 3 penyakit. Katanya arwah masih boleh bekerja. Giler!!!! tak masuk akal langsung! akhirnya seminggu lps interview (rayuan) tu, dia meninggal. Arwah umur 39thn, tua setahun je dari aku...

"Arini untuk kali kedua aqu temuduga pengeluaran hilang upaya kwsp..doktor panel kwsp iaitu dr kerajaan dri hospital ampang..aqu seorang penghidap scleoresis pulmonary hipertension..dlm istilah scleoderma..aqu juga ada masaalah jantung..dan yg terbaru aqu menghidap breastkanser stage 3..masa permohonan pertama hilang upaya kwsp aqu di tolak..aqu ada mx penjelasan dri kwsp dan kerana tidak berpuashati dgn penjelasan pihak kwsp yg mengatakan dr panel menyatakan aqu boleh berkerja..satu keputusan yg sgt nonsense...aqu telah buat pengaduan dibiro pengaduan awam atas nama jabatan kesihatan malaysia..aqu dihubungi oleh pihak jabatan kesihatan putrajaya...memang kwsp telah meluluskan permohonan pengeluaran kesihatan aqu..kerana baki akaun aqu yg dh semakin susut utk rawatan..aqu mengambil keputusan utk pengeluaran semua...setelah permohonan ditolak kli pertama..sepatutnya akan mengambil masa selama 6bln utk permohonan semula...tp aqu telah diberi peluang utk permohonan semula tanpa tempoh tersebut atas sakit kanser yg aqu alami..dan hari ini temuduga telah pn dijlnkn seperti yg pertama pernah aqu lalui...prosedur yg sama..tya 3 soalan n suruh blik..n aqu amik keputusan utk tya dr memandangkan dr yg sama pernah interview aqu dlu...soalan aqu ialah mengapa dr tolak permohonan aqu yg pertama dlu...n jawapannya..selagi rawatan belum selesai so belum capai tahap maxima...klu rawatan tu ambil tempuh 10tahun so selagi tulah xboleh access akaun tu...haha..nonsense x...n yg paling suprise dr tu ckp xguna apply 10kli pn..buang masa!!!!nonsense x..seorang dr yg berilmu boleh jawapan pada pesakit yg menghidap pesakit kronik...kenapa?nk tggu mati dlu ke bru boleh access akaun tu...kesian aqu tgk pesakit2 yg xberduit mengharapkan apa yg dye ada..akhirnya keputusan yg dpt amat mengecewakan...wahaila doktor2 yg berilmu..sepatutnya engkorg lebih tahu n memahami...zaman skrg semuanya perlu duit...dan kami bknla sihat sgt..laporan kami pn berbyr..kami bkn org senang...dr gji beribu..klu dr sakit dpt rawatan free...bg pihak kwsp..jgnla menyeksa kami yg lemah ni..bkn byk pn duit kami...pada pihak berwajib..dengarlah rintihan kami yg xberdaya ini..."

- Hayatiyati Tie



Skang ni aku tengah tunggu kelulusan dari Zakat lak. Dari awal tahun haritu renew permohonan, smp skang tak lulus2 lagi. Jenuh dah call setiap hari tanye. Jawapan yg sama jugak. Masih dlm proses. Makanya sekarang ni setiap minggu aku bayar sendiri duit utk injection & ubat. Seminggu rm120 tau. tu pon tak termasuk kalau ada ubat tambahan mcm iron. Tu kene rm160 pulak. Cash ye kene bayar...tak tau la kalau bagi kowang jumlah tu kecik. Tp bagi aku besar. Cukup besar :(




::AKU YANG KECIL::

$
0
0
11.3.15



L.I.T.T.L.E   M.E

Voice so quiet you don't hear a word, 
Always talking but she can't be heard, 
You can see it there if you catch her eye, 
I know she's brave but it's trapped inside, 
Scared to talk but she don't know why, 
 you got a lot of time to act your age, 
You cannot write a book from a single page, 
Hands on the clock only turn one way, 
Run too fast and risk it all, 
Can't be afraid to take a fall, 
Felt so big but you looked so small.




*Ngengada sungguh pompuan ni skang, entry semua mood sentap je. choiii sgt tau :P 




::ANTIK::

$
0
0
12.3.15

Barang yg antik ye..bukan aku yg antik. Aje giler nak mengaku diri sendiri dah antik? ;P 

Kat umah aku tu kemain banyak brg2 antik. Antik maksud aku ni barang2 yg asal dari rumah lama dulu masa aku kecik2 lagi. Yg jadi banyak benda antik kat umah aku tu sebab lepas je aku kawen, mak aku gedik gi beli umah kat Melaka. Kononnye ada kampong le kami adik beradik ni. Kami ni membesar kat Kg Nakhoda - Sungai Tua (Selayang). Kaum kerabat mak ramai yg kt Melaka nu. Masa mak pindah kluar tu..,(ko tengok betapa divanya aku, aku yg patut keluar dari rumah tu sebab baru kawen kan? ni tak. mak aku yg pindah kluar. muahahahaha) banyak barang yg mak aku tak angkut. Berlagak biah ngan din time tu, dowang beli perabut baru semuanya. So, aku yg baru kawen ni mmg takde beli apa pon. Guna pakai je semua yg mak dah tinggalkan kt umah tu. (amboiii kau kaman, senang tol kawen ngan aku kan...dpt full package ko) :P

Tahun ni dah masok 17 tahun aku kawen. Ha...kowang bayangkan. Betapa lamanya barang2 yg mak aku tinggalkan, yg dh wujud dari aku kecik lagi. Tp ada gak barang yg dah takde. Dah rompong kene makan dek anai2. Pinggan mangkok, bekas kuih semua ada lagi aku simpan. Legend sangat kan...ok, ni aku tunjukkan skit apa yg aku masih guna utk harian sekarang ni..

aku mmg old fashion lagi yek..guna baldi bokeh boras ni lagi. ni tak antik sgt. tp dah 15thn la umur dia. aku beli masa pindah masuk rumah ni...

 ha...yg antiknya benda yg aku guna nk cedok & ukur beras tu...

POT
taraaaaaaaaaa!!! cer kowang teka brape umur tin susu ni?? ngeh ngeh ngehh..
ok..ok..umur dia dalam 25thn lebih dah tau. huhu...sayang giler kot dgn pot ni. Turun temurun dari mak aku ni. Kau mampu, harta pusaka kau tin susu karat?? aku je yg mampu hokeyy.. ^____^

meja ni pulak dah nak dekat 30tahun!! Adik aku di AJ & Ayoi time tu baru nak pandai jalan arwah abah beli ni kt Singer menawan keluarga bahagia tu..
kukuh lagi kayu meja ni. berat...tp kerusi tinggal 3 jelah. tu pun aku kene letak kusyen lain. kusi tu dah takde span..

ni saje aku nk tunjuk kt kowang. beg aku isi setip & eyeliner yg aku usung hari2..beg ni umur dia dah 17 tahun ^_____^

rak ni pon sama. haritu belek2 album lama kt umah mak, terkejut anak2 aku tengok rak ni ada dah dlm gambar tu walhal time tu aku skolah lagi. hehe..


Ish, yg sebenarnya banyakkkkkkk lagi barang2 antik kt umah aku tu. Ada yg aku dah simpan atas bumbung umah aku. Untung tol dpt duk flet paling atas ni. Tingkat atas bumbung tu boleh buat tmpt simpan barang. ha...feeling ala2 penthouse sgt kenn...



::VIRAL - TQ SEMUA::

$
0
0
16.3.15

Baru sekejap tadi aku dapat panggilan dari Pihak Hospital Ampang. Katanya kes ni dah dapat perhatian dari pihak atasan dan dowang sedang menyiasat. dowang akan beritahu apa2 pada aku nanti. Alhamdullilah..

Aku bersyukur & rasa puas hati sangat2 bila kes ni dah diviralkan. Terima kasih banyak2 pada semua yg sama2 membantu, menyokong & mendoakan. Bukannya aku nk carik nama ke apa. Tp aku nk org tau cerita sebenar yang dihadapi oleh pesakit2 mcm kami ni. Sebab apa yg aku ceritakan tu bukan terjadi pada aku sorang, tp ramai lagi yg senasib & ramai jugak yg sampai dah tak bernyawa..

Tapi mcm biasalah, bila benda ni diviralkan dah tentu ada yg menyokong, ada jugak yang salah faham, yang buat2 tak paham pon ada jugak. Yelah, bila cerita disampaikan dari 1 pihak ke 1 pihak, kengkadang cerita tu akan jadi lain skit. Tp takpelah, sebab yg tak berapa nk faham tu kita abaikan jelah sebab mungkin dia tak tau cerita sebenar. Aku ada terbaca beberapa komen yg mengatakan mungkin masalah tidak diluluskan KWSP tu datangnya dari aku. Yg tak cukup dokumen katanya..hamboiii. Tu sebab baca dulu blog ni. Dari entry ITU HAK KAMI!! Kat situ kan aku dah ceritakan yg sebelum aku submit, pegawai KWSP dah semak dulu semua dokumen2 tu & dah disahkan LENGKAP malah dah diluluskan pon masa kt kaunter tu. Meh aku ulang lagi apa yg aku submit skali dgn borang Pengeluaran Kurang Upaya tu - Surat diberhentikan kerja, Rekod Kesihatan dari Doktor Hospital Selayang (yg dah disahkan pun aku hilang upaya) & Surat Ilat dari Perkeso. Pegawai tu sendiri yg kata aku layak utk buat pengeluaran. Tp kene lalui dulu pemeriksaan dari doktor panel kat Hospital Ampang. Ha...masalahnya dtg masa pemeriksaan tulah. nk periksa apanya? sentuh aku pon tidak. Dijelingnya lagi ada. 2 minit je aku & pesakit2 lain duduk kt dlm bilik tu kemudian kami dihalau balik. Ha...itu cerita sebenarnya..

Kerana kes Arwah Hayatiyati Tie haritu lah aku bangkit nk ketengahkan kes ni. Rasa marah meluap2 sebab rasanya tak adil doktor tu layan kami camtu. Biadab sgt caranya...kalau nk tolak pon, terangkanlah elok2 pada kami. Kami bukannye nk mengemis duit dia / keluarga dia. Kami minta hak kami je..tu pon susah?


mekaseh ceera & mekaseh semua yg dah viralkan kes ni. yg ni trus link ke blog. so, mmg tau cerita sebenar la..



ok..ini mmg tak boleh blah. siyes aku tak tau nk nanges ke, nak gelak. 'prihatin' la sgt doktor ni. dah melencong ke lain ceritanya. walhal baca dari blog ni sendiri. komen pon kat entry itu hak kami. see? nampak sgt tak amik berat sungguh. camne cerita aku boleh jadi camni? bila masa lak aku ibu tunggal? bila masa lak aku yg sakit cancer? oh my...! mintak doktor tolong baca balik entry tu betol2 ye.. hehe



Alhamdullilah, ada sorang MUA ni forwardkan ke KWSP & pihak mereka dah reply. Apa2 nanti aku update dengan kowang kt sini ye.. :)



yang ni dari portal SuaraTV. ada tulisan kt dalam tu tak berapa tepat skit. yang pasal aku kat pintu lagi dah kene halau. dah la nampak nazak sungguh gambar aku ni. hehe..yelah, time tu hari ke 2 aku cuci darah kt hospital. Sebab gambar ni jugaklah ada masa tulis komen sebut aku 'makcik'. haha, merasa dah aku jadi makcik. walhal dah tulis umur kat artikel tu. ke..mmg bila dah 38 ni dah taraf2 makcik? oh mai! takpe..takpe..makcik redha nak..hahaha..


Artikel ni keluar kat website VIRALIYAT.NET jugak..



kat page Kapten Norudin pun ada..



ha..yg ni senang org nk faham...trus dia share dari link blog aku ^_^


Tapi apa2 pon, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua. Hanya Tuhan je yg dapat membalas jasa baik kowang. Lepas ni kalau ada apa2 cerita dari pihak KWSP, aku akan update kt sini & FB. InsyaAllah. Semoga semua diberkati Allah hendaknya. Ai Lebiu All! muahhhhhhhhhhhh..






::KETAGIH::

$
0
0
18.3.15

WORDLESS WEDNESDAY kononnye. tp aku nk tulis2 gak skit :P


Ni aku nk cerita pasal ketagihan aku skang. Bukan la ketagih isap dadah :P Tapi pelik tau..masa aku peknen dulu takde pulak buat keje gini. Skang ni baru kene. Kowang jgn propa nk kata aku peknen lak ye. Aku dah tak boleh pon. Tp aku tak tau la ada kene mengena dengan hormon ke tidak. Haritu masa dpt blood test result, ada tertulis kt situ kandungan hormon kelenjar aku tinggi giler. Kalau org normal dlm 1.0 - 2.0 je gitu. Tapi aku punye 143! Tu pon aku kene lps 2 bulan cuci darah. Semenjak2 tu le aku ketagih benda2 ni..



sabun dettol
bau sabun tu. tak kisah la yg sabun mandi ke...yg cuci lantai ke. mak oiiii, rasa nk jilat2 je bila bau tu naik. sampaikan kt rumah aku, ada sebijik yg sabun mandi punye utk aku sedut. aku bukak kertas dia yg belah tepi tu je..so, sambil2 aku tengok tv ke..lalu kt ruang tamu/bilik aku ke..aku ada letak idong aku kt peket sabun tu. dapnye bau dia...leleh air liur tau :P



beras mentah
dlm kete aku ada sebekas utk aku kudap2, kunyah2 masa drive. kat umah pon ada sebekas kecik aku letak depan tv. tengok gambar ni pon duk terbayang2 aku kunyah beras tu. adoiii...sedapnye..
yang ni aku ada geng. si Biah! boleh tak kowang bayangkan, baru2 ni masa kitaorg gi tengok wayang, org len sibuk mkn popcorn, aku dgn mak kunyah beras. hahaha...biah siap bawak bekal hokey..krup krap krup krap kami kunyah. tp skit2 la..aku tak tau la apa efek kalau mkn beras mentah ni..yg aku tau, layan je bila kunyah2 tu. hehe



vicks inhaler
aku rasa yg ni dah tahap kronik. tak silap aku dah 4 btg aku sedut habis. kejap2 kang aku sumbat dlm lobang idong. rasa lega giler. stoned wei! hahahaha..yg ni memang sentiasa aku usung ke hulu ke hilir. kowang boleh agak tak betapa luasnya lobang idong aku skang? *_*






::TENGGELAM DEN::

$
0
0
20.3.15


Beso dah anak2 aku. Ntah bila masanya dowang membesar pon aku tak perasan. Yg Along tu mmg sah2 la dah lagi tinggi dari aku. Skang ni aku ngan angah dah sama tinggi. BB pon dah boleh kongsi baju & kasut ngan aku. huhu..Adek pon jenis rangka beso & tinggi. Dah kompom2 la lagi 3-4 tahun nnt semuanya sama besar, nampak macam sebaya je dowang kot kan. Sah tenggelam mak ko yg renek ni :P

Dah takde la pampers bebudak kt umah tu. Yg ada aku borong skang pad org pompuan je. Skali beli, 6 kampit beso ko! haha..org len sorong pampers budak dlm troli, aku sorong pad. Ko mampu? eh, AKAK pon mampu kannnn ;) hehe..

Dah takde dah bunyik baby merengek2 kt umah tu. Yg ada pon, baby2 tua..(Adek + BB). Manje kededek lagi budak 2 org tu. Si BB tu pon sama..nama je boboy jadian, tp manja mcm tikus ;P Tp tulah, bila dipikir2 balik, elok perancangan Tuhan utk aku. Kawen muda 21thn, dpt anak lps tu..lps tu lagi..lagi & lagi. Bila smp masa sakit camni, anak2 sume dah besar. Dah pandai bawak diri & boleh membantu buat kerja umah. Syukur sangat2 ^_^


 ni gambar sabtu haritu (14.3) bebudak ni ikut aku gi mekap kt hotel sunway tower. hai lina ^_^ lps siap mekap, bawak dowang jenjalan kt Sunway Piramid. Memasing fefeeling ongkaya, ada yg beli donut, ada yg beli ceklat seketol2 dlm cermin tu, ada yg beli macaron, ada yg beli cheese cake jopun, macam2 la lagi..tp guna duit tabung sendiri la. mama blanje makan je. haha..tp takpe, beli la nak oii. At least merasa la jugak kowang walaupun idop tu ala2 'Bersamamu' kennn.. bukannnye selalu pon. yg penting kowang hepi, mama pon hepi. gitewwwwwww


 kowang tengok...dah makin tenggelam aku!
angah tu buat kaki gitu tu yg nampak mcm aku tinggi skit dari dia. walhal..sama je kami skang ni. smp kt rumah tu laki aku sendiri pon tertukar, panggil aku angah sebab ingatkan aku dia. eh, melampau tu bang! choi sgt tau.


ini tahun lps punye gambar. masa tu pon along dah meninggi. skang lagi tinggi tau. kalau dia pakai heels, betol2 mcm tiang lektrik aku pandang dia. kene mendongak. kalau tak silap aku, budak pompuan benti meninggi umur 18 kan? ayoyoo...tenggelam mak!







::BERKUBANG::

$
0
0
23.3.15


Takde ke mana pon cuti2 skolah ni. Elehhh...mcm la tak biasa kann. Along & Angah and the gang jelah sabtu haritu gi tengok wayang kt Aeon rawang. Abahnye hantar. Smalam lak aku angkut bebudak ni main air kt Ulu Yam tu. Templer mmg la dekat giler ngan umah aku. Tp mcm tak best lak kt situ sbb monyet banyak & ramai sgt org luar duk mandi kt sana skang ni. Ada skali dulu kami gi, ada 1 group negro duk memekak bising mabok2 lepak kt area bawah tmpt budak mandi tu. ish, rimas lak aku. Rugi je rumah dekat giler, tp tak selesa nk mandi kt situ. Makanya, merentas rawang - selayang - sungai tua la kami..sampai la ke Ulu Yam :) Aku yg sebenarnya tak brape berkenan sgt bawak bebudak ni mandi sungai. Aku riso kot2 kencing tikus ke apa. Tp tawakal ajelah. Mintak dijauhkan dari benda2 tak elok tu. Nk bawak gi mandi kolam, panas berdenting pulak skang ni. Mandi ajelah dlm hutan.. 


makan dulu, pastu baru berkubang smp lobam ye anak-anakkkk
aku bekalkan nasik goreng, telo mata & naget je. pastu koci & kepek buat kunyah2..


sama je rupa kowang ngan batu tu...


kejap je bebudak ni dh dpt geng :)


eeeee..sanggup ko berkubang dlm lobang yg ko korek tu kan BB? ish...


pak guard ;P
(tu org punye khemah, bukan aku. tp mcm tingin je nk beli nnt) ngeeee


lepas puas dah bebudak tu berkubang dari pagi smp ke petang baru kami balik. Org lain kt sana dah bersilih ganti, elok je kami stay lagi kt sana. hehe..

Balik tu kami terpaksa singgah workshop. dari hari sabtu lagi cermin tingkap blakang belah kanan ni takleh tutup habis. tersangkut. takkan nk tepek je ngan plastik. tu pon masok gak hujan. nk basuh kete pon tak boleh. dah rupa tukun kete aku tu. huhu..ni pon tak habis repair lagi ni. asalkan cermin tu dpt naik dulu pun jadi le. 


tu diaaa...terbongkang tido kt workshop. letih berkubang ;P


aloloooo...ciannye kededek nande mama ni..
memasing pengsan ketidoran kt w/shop. hehe..
ok2, dah siap. jom kita balik ^_^





::MOLOT & TINGE ANGAH::

$
0
0
30.3.15


Khamis (26.3.15) haritu aku bawak angah gi HUKM. Appt kat Klinik Bedah Mulut. Tp memula tu pegi bukan sebab mulut. Tp doc nk tunjukkan telinga palsu yg terbaru. Murah & praktikal guna. Boleh lekat guna gam aje bila nk pakai. Murah lak tu. Lembut je, tak mcm telinga palsu yg Angah ada skang ni. Keras kentung. Bila dah bincang2 dgn doc, kami ingat nk buat lps Angah abis UPSR nnt. Dah alang2 ada kt klinik tu, aku tanyekan skali pasal molot angah. Kat bibir bawah dia ada tumbuh isi. Rupanya doc kata benda tu jadi sebab kelenjar air liur. Asalnya ulser, tp Angah suka gigit2 main2 bibir dia tu sampai jadi gitu. Terkena urat. Memula tu aku mintak doc buatkan surat refer ke hosp selayang je. Senang apa2 buat kt sana sbb dekat dgn umah. Dari rawang nk ke HUKM pepagi giler azab wei. jemmmm. huhu. Tapi rezeki Angah, doc kata dia boleh tolong buangkan haritu jugak terus. Syukur Alhamdullilah. Baik sgt2 layanan doktor2 & misi2 kt sana. Kene tunggu lama la skit sebab kene uruskan patient lain dulu. 

Untung jugak sebab Angah ada kad OKU. Harga nk buang ketulan tu guna laser misi tu ckp dlm seribu lebih. Tp sebab Angah ada kad OKU, procedure tu free aje ^_____^ Alhamdullilah...



selpie dulu.
aku camni le, bila amik gmbr je pinjam enpon si kaman. pastu jenoh la nk wassap blk semua gmbr yg aku nak. yelah, enpon aku enpon cabok. budak skolah pon takmo guna. gambar sendu kelabu asap. huhu...
sedih tak? sedih tak? haha...

UPSR dah Angah tahun ni...


tengok mak ko sampai tetido mencium dinding tunggu turn ko Ngah.. :P


besar gak isi yg tumbuh tu. ni bukan kat lidah tau. ni kat bibir bawah


doc guna kaedah laser. berasap2 kt area molot angah tu. lps buat, aku tanyelah angah..takde bau apa2 ke? dia kata ada. bau sedap mcm kt pasar malam katanya. Nak oii! tu bau isi ko hangit la ngah. hahaha...

siap dah jahit
Lega dah selamat buang isi tu..lps siap kt Klinik Bedah Mulut tu..kami ke ENT pulak. Masa tu dah kul 2. Aku tak tau lak klinik lps pukul 2 takde doc. Kene panggil la doc on call. Alhamdullilah jugak..rezeki Angah, takyah tunggu lelama nk doc2 tu turun. Yelah, mcm kes angah ni dowang mmg amik perhatian sungguh. Angah kan kanak2 microtia. Dowang mmg create macam2 utk kesenangan kanak2 ni. Mcm Angah ni ok lagi sebab pompuan, boleh sarung tudung. Kalau lelaki? dowang akan pastikan yg anak2 ni selesa. Createkan telinga palsu & alat pendengaran :)

Angah tgh dengar apa yg doc explain. Telinga dia 1st time kene infection kat tmpt alat pendengaran Baha tu. rasanya sebab dah tak guna, tu yg bengkak bernanah tu. Baha tu rosak pulak. huhu..nak hantar gi repair makan kos ribu2 :( kesian Angah. Sabar ye, cukup duit nnt mama hantar repair. 

Disebabkan area tu bengkak sgt..doc on antibiotik dulu seminggu ni. Rabu nnt kene dtg balik, doc akan buang kulit kepala yg dah naik atas skru. kene tunggu bengkak tu kurang dulu. 


biasanya tmpt skru yg belah depan (telinga pelsu) tu yg kene infection. tp kejap je. Aku cuci, letak ubat..esoknye tu dah ok. Tp ni pestime kene yg kat skru belakang (baha), teruk pulak kali ni. Aku cuci pon camtu jugak. Makin teruk adalah. Sian dia..

Haritu lps ubat bius kt mulut ilang, nanges gak dia tak tahan sakit. Aku belikan eskem, bagi tersentuh sejuk2 tu baru ok skit. Takpe, mama tau Angah anak yg kuat. Angah kene kuat mcm mama jugak tau sayang..
^______^





::BERLONGGOK KT UMAH BIAH::

$
0
0
2.4.15

Yuhuuuuu! Apa khabar semua? Ada yg demam GST ke? sana sini org hapdet. Aku mmg tak tau la nk komen apa. Sebabnya, apa2 pun kene harung gak kan. Tp bagi aku mmg berat la. Terasa gak mlm tadi masa blanje bebudak ni eskem beli kat pasaraya area umah ni. Dah la setiap eskem tu naik harga sbb ada caj gst, dah kira semua..jumlah tu campor lagi dgn 6%, 85sen. Aku kira2 semua, kene bayar lebih RM1.50 dari harga biasa yg aku beli sebelum ni. boleh dpt lagi sebatang eskem tu oooo. huhu..Tak tau la camne beli brg dapor ni nnt. Belom beli lagi ni. Eh, bukannye aku berkira belanje anak2 tau. Ni aku cerita pasal kira2 aku caj gst tu. Mmg la ada org kata setakat kene caj rm3-rm4 tu apa lah sgt. Tp bagi aku yg susah & anak ramai ni beban gak sebab bukan setakat kene caj keseluruhan jumlah tu je. tp harga SETIAP barang tu pon dah membebankan. hhrrrmm..tapi yg mcm aku ckp tadi la kan..Nak ckp apa pon tak boleh. Mmg ini la yg kita kene harung skang ni (>_<)

Ok2, dah le criter pasal gst tu. jom kita flashback balik criter masa berlonggok kt umah biah ahad lepas. Kami adik bradik buat versi potluck aje. Makan ala2 buffet. Giler banyak kot aku bedal haritu. Isnin gi cuci dare, berat aku naik hampir 3kg! sib bek kene tarik 2kg je. Tu pon kejung2 aku :P itulerrrr...makan tak ingat donia. amik ko pompuan!

makan tahun nk masak kacang kuda ni tau. memula rendam dlm air sehari suntuk. pastu rebus lak 4 jam lebih baru masak. aku letak garam & campak cili kering je masa rebus tu. rasa berbaloi masak lelama gitu sebab rasa dia sodap. heh heh.. (abis gas masak aku. choiiii)

aku cop nk masak sayo campor je. senang keje aku. cerdik kannnn..  ;)

air pon sponsored by ai ting tong. jenoh usung bekas & ais skali. baru puas minum.

haaa...tu dia. macam2 lauk ada. Naemah masak sup hayam, iena masak sambal udang petai marvelous + ayam kicap. mak lak masak sambal cili api ikan campor terong goreng. terjungkit jubo makan. hohoho

kan aku dah kabokan..terjungkit bontot memasing ha..best giler makan rebut2 gitu. pastu amik pinggan duk sepah2 sambil borak2 anak branak. memasing nk bercerita smp tak tau nk dengar yg mana dulu. Tp yg pastinya, paling jelas dengar..gelak mengilai memasing. mcm petir pon ada. sib bek tak roboh penthouse biah  kt rawang ni.

nak oiii....org len mkn nasik, ko mkn kete.

mama punye.......1st round

lps makan, lepak2 bukak album lama..lawak giler kot memasing. anak2 aku sume ckp rupa aku mcm along. hehe..

si iena ngan mak ni mmg giler langsir. kejap kang beli kain, buat baru. aku lak mmg tak reti langsung & takde hati nk beli2. tu sebab kt rumah ni mmg dowang je yg bagi aku langsir. Aku tak minat ngan langsir2 ni. Langsuir aku tau le. miahahahahaha...


Smalam dah bawak angah gi hospital. Prof Asma, doc si Angah sendiri yg buangkan kulit kepala tutup skru tu. Alhamdullilah dah selesai. Dah boleh nampak balik skru tu. Tugas aku hari2 skang ni, cucikan je tempat tu & make sure kulit tu tak naik balik ^_^


::JOM TENGOK WAYANG::

$
0
0
6.4.15


Rasanya minggu ni mcm takde rehat sgt pon. Jumaat mlm, aku gi mekap kt Kuang. Under pakej si AJ. Beria aku lewat petang tu ikut jalan belakang, kononnye nk lari dari jem. Merasa la ikut jalan lopak2 kat sebelah kilang simen. pastu duk terjerit2 aku 2 beranak ngan si along bila berselisih dengan lori kat jalan kelapa sawit yg sempit & takde orang tu. Udah le kat tepi tu gaung. Mmg kecoh tul dlm kete. haha..tp lega bila dah smp kt area estet sebab kiranya dah masuk jalan kampong. Mmg berbaloi la lalu situ walaupon agak scary sebab kalau ikut jln besar kt Sg Buloh tu kompom2 kami x sampai lagi. huhu..

kekecohan dlm bilik panten

 napelah ko putih melepak2 sgt ain oiiii...kulit sama kaler ngan baju. eh, tak bleh jadi nih. nak makan Qu Puteh la. (harapannnnnnnnnnnnnnnn) hak hak


ko mampu kayuh beskal, beli hayam kat dlm tesco? ;P
ni beskal lipat. selama ni mahal giler rege dia. tup2 sabtu tu gi tesco tengok murah lak. beli ajelah utk bebudak tu. abis duit mekap mak ko nak. hak hak. 
lps ni senang la nk angkut gi men kt taman. takyah dah nk sewa2 bagai. bawak je sendiri punye.. :)


Hari sabtu tu pulak pepagi buta dah bangun, siap2kan Angah gi tuisyen kt skolah. Abahnye la yg hantar. Balik tu trus kami anak branak kluar balik. Kononnye nk gi minum bekpes & gi beli hayam kt tesco. Tp amik ko! sampai ke ptg tak balik2 rumah. Dgn memasing tak mandi. Yg amponnn..masam semuanya :P Sbb bila dah kluar tu, terpikir lak alang2 baik settlekan trus apa yg patut. Lps bekpes, kami gi tesco beli barang dapo, pastu gi tukar tayar kete. Teruk sgt kaedahnye. Dengan bunga dah botak licin. Tu pon tayar yg bengkak tak dpt tukar lagi dengan yg baru. Tu tunggu ujung bulan ni pulak la. Bajet dah ciput. Tayar bengkak tu kalau boleh sapu ngan minyak panas kan senang. eh, ok2..tak lawak :P Lps tuko tayar, trus berkejar gi amik angah kt Bkt Rawang Jaya lak. Time tu memasing pon dah hangit, dah kebulur..so, singgah la mkn nasik hayam kt simpang trafik lite kt Sg Choh tu. Sedap ooo nasik hayam dia. ke... sebab aku dah kebulur? hehe. Blk tu mandi2, terbongkang anak branak. Keletihan. BB & Adek je yg tak sedor dunia..sibuk men beskal baru. Jakun la memula beli ni kan. Gasak la kowang nak. Mama nk membuta je time tu. Tak cukup napas aku rasa. Pastu lps Maghrib tu kami kluar ke Aeon rawang pulak. Nak tengok Home kononnye. Skali...tiket abis. Sentap la dak BB sebab tunggu dari minggu lps lagi. hahaha...kesiannye. So, aku beli jelah tiket utk ptg Ahad punye...

Smalam gigih anak branak gi balik ke Aeon tu tengok Home. Mmg best la citer ni. Kelako ada, sedih pon ada. Byk jugak pengajaran yg boleh kita tgk dlm citer ni. gud...gud..tak sia2 gi tengok.


our bodyguard ^_^


kami dgn Oh & Pig
Omey angat2 nih!

x mo mkn nasik..


mama punye pon kowang bedal..huh


budak noti

kita sudahi dengan gambo kari pala ikan aku smalam. heh heh.. 
rezeki ooo..madam kaman bagi 6 keping kepala. tu yg aku masak kari. biasa kari aku pekat, tp smalam aku try buat yg cair. perggghhhhh...thorbaek. sodapp. eh, terpuji lauk sendiri lak. ngeeeeeee..

ok, tu je yg nk aku riakkan buat masa ni. bubyeee...



::CUCI DARE::

$
0
0
8.4.15

WORDLESS WEDNESSDAYkononnyerrrr...

Cuci darah tu ape?


(efek kabus tu kene ada. walhal gambo blur. haha..)

baru 6 bulan aku cuci darah, dah rasa mcm kebosanan dgn rutin ni. boleh? kematu pungkoq ahkak nyah heyy ;P masih tak boleh nk bayangkan lagi kene cuci smp abis nyawa. huhu..ok2. apa apa pon, aku bersyukur sbb masih idop lagi. boleh buat aktiviti harian mcm biasa, masih boleh tengok anak membesar depan mata & masih boleh bagi kebahagiaan lagi kt anak2. ececehhh...emo sat.


Nak citer skit pasal dialisis ni. Tp aku criter sempoi2 gitu jelah tau. Sebab dah 3-4 org tanye cuci darah ni camne benornya. Ok, gini..(aku x reti nk xplain yg betol2 mcm doc tu, tp aku bgtau apa yg aku tau jelah ye)..

1. Cuci darah biasanya ada 3 sesi. Mcm aku, setiap Isnin, Rabu & Jumaat. Sesi ptg (3-7) Tp kalau ada hal yg tak dpt nk dielakkan, aku akan mintak dicuci hari lain. Kira mcm tuko shif ngan patient lain. gitu..oh ye, cuci darah ni bukannye ada dlm tempoh had masa mcm cuci dalam 6 bulan dah cukup. Tp sampai selagi ko bernyawa ye..ha..ada faham? huhu

2. 1 sesi makan masa 4 jam. Tp kene ada kt center tu awal la skit. Pastu bila mesin dah stop, ko bukannye boleh balik trus. Kene relax dulu sebab kepala ting tong lps buat & kene pastikan tempat cocok tu tak bleeding. 

3. Ok, yg ni pon ramai yg konpius. Cuci darah bukan guna darah org lain ye. Tp guna darah sendiri. Masuk dlm mesin tu. Tu sebab jarum beso gajah tu ada 2 tmpt yg di cocok. 1 utk darah kluar, 1 lagi utk darah masuk. Mcm aku, bawah darah kluar..atas darah masuk. Kalau guna darah org len, jenoh la uols..tu baru ye aku jadi keliwon :P

gini ha..

4. Tiap kali sampai kt center, benda pertama kene buat adalah timbang. Penimbang kami bukan mcm biasa yg berdiri tu. Tp bentuk kerusi. Contohnya la kan, harini aku dtg timbang sebelum cuci berat aku 47kg. Dowang kat sana dah sesiap set ikut brape berat last hari sebelum masa dah siap cuci tu. So, mcm aku..dowang akan tarik air dari dlm badan ni 1kg. Lps siap cuci darah, kene timbang lagi tengok. Biasanya akan jadi 46kg. Alhamdullilah la skang ni aku dah maintain 46kg tu. Sebelum ni 43kg je. eeeeee...tak larat rasa tau. 

5. Kat mesin dialisis tu ada 1 alat nama dia dialyzer. Minatang tu kiranya mcm buah pinggang pelsu. Kerja dia mengantikan kerja2 yg patut buah pinggang buat. Tp mcm aku, kan b.pinggang dah tak boleh nk fungsi. Dah keras & mengecut. So, benda tu la yg tolong gantikan. Mcm kowang, buah pinggang tu berfungsi 24jam. Tp kami, 3 kali seminggu. Tu pon 4 jam sekali je. Gitu...

ini le buah pinggang pelsu aku...siap ada nama ahkak lagi hokeyyy

5. Aku skang ni, lps habis cuci..akan dicocok ubat tambah darah. Recormon nama dia. tp punyelah aku kedekut dgn lengan aku yg dah asyik kene tobek je, jadi aku suh misi tu cocok je ubat tu kt line darah aku. heh heh.. ha..obat tu le yg aku kene bayo skang ni. aku kene 2 cocok setiap minggu.

6. Macam aku, time cuci tulah selera hantu raya aku dtg. KEBULUR! ntah nape. Walaupon sebelum buat tu dh mkn nasik, tetap akan jadi lapar. So, mmg aku ada bawak bekal. Roti ke, ceklat ke, bisekut ke..makan secara lahap. hehe..Aku makan nasik masa shif hari Jumaat je. Sbb Jumaat aku start tengahari. Hari lain, waktu ptg dlm kul 3pm gitu. Tu pon biasanya, lepas habis cuci aku rasa lapar jugak. huh.

7. Memang tiap kali lps cuci aku jadi lemah & pening2. Lelagi kalau kene tarik air lebih dari 2kg. Lagi teruk rupa aku. Kalah la mona fendi :P Tp skang aku jarang kene tarik banyak2 gitu. biasa 1kg la. Ada tu penah jugak 1/2kg je. So, balik tu larat la nak masak ke apa. Apa pon, smp skang ni lps cuci mmg aku jadi mamai2 pening & cepat mengantuk. Sampai umah, mandi..makan..kemas skit2 dulu, tengok2kan anak2 pastu tido! tu dia...biasa hari cuci, mmg kaman la yg masakkan. Tp kami time hari biasa masak biasa je. tak sudah2 telor...drummet...telor...drummet.. nak masak beria, tunggu weekend. Sib bek la pak budak & bebudak kt umah tu tak berkira hal makan. Kalau x larat & tak sempat apa pon, kami mkn je kt luor. abis criter.

ni le tmpt aku cuci dare. bersih & selesa. misi2 pon sume baik2 belaka ^_^


ok, tu jelah kot yg nk aku xplain kt kowang yg mana2 tak paham cuci darah tu camne. Tp yg aku criter ni giler punye sempoi la. Kalau kowang nk tau yg betol2 punye, silalah gugel sendiri. hehe..k, bai. lebiu all..













::REZEKI::

$
0
0
10.4.15

Alhamdullilah....terima kasih ^_^



::GENG RONGGENG::

$
0
0
13.4.15

Sabtu haritu ada kengkawan lama aku dtg umah. Ni bukan kawan biasa, tp dowang ni kawan luar biasa benornya. hahaha..lebih 20 tahun tak berjumpa oooo. Dowang ni le geng jejimba aku dulu. Kami sama skolah & sama batch tp masa kt skolah tak penah lak nk bertegur. Jadi rapat masa terjumpa time memasing dah keje. Pastu ntah camne terputus lak hubungan. Cuma dowang berdua ni je yg masih contact mengontek lagi. Jodoh sungguh la dpt jumpa balik kan Has...kan Piah ^____^ tak sangka wei..huhu

Mesti kowang tak rasa mcm tgh melawat org sakit kan? Mesti kowang konpius sbb molot aku sihat. Masih memetir sama mcm dulu kala. haha..Amik ko! sampai tak cukup2 time nk borak. Giler 20 thn punyer cerita nk habiskan separoh hari mmg tak la kan? InsyaAllah ada rezeki nnt kita jejimba ye. Boleh borak2 & flashback balik cerita2 lama smp melobam.

3 dare pungutan ;P
Ai Keliwon + Has Kudut + Piah BamBam

wei piah...menjadiklah position kita ni kannn..muahahahaha

Bapak2 duk jejauh ye..mak2 sibuk nak berflashback nih..
sib bek tak gegor penthouse dek kami mengilai haritu. kui kui kui..

tu dia Has..smp tak pandang kiri kanan. lapar ke ko? haha
Aku masak mee je ptg tu. Dowang siap bawak kepsi ngan kuih apom bagai.
Ok, lepas ni kita lepak2 kt kajang lak ye ;)

Sronok beronok ronok aku dpt jumpa balik dengan kowang. Lebiu both!


::KELEGAAN::

$
0
0
16.3.15


Alhamdullilah..smalam gi HUKM bawak angah, Prof kata bekas luka yg dikerat haritu dah ok. Lps ni takde dah la ulang alik gi sana lagi. Byk hari dah Angah MC. Tu pun patutnya minggu lps pon ada appointment kt klinik bedah mulut. Tp tak pegi pon sebab jahitan kt bibir angah dah luruh sendiri. Jenoh tau nk ke sana pepagi tu. Makan masa 2 jam dari Rawang sebab nk tempuh jem kt jalan kuching. Azab. Pastu tghari berkejar lak nk balik Rawang, mencuci dare. Sbb appt angah ni setiap Rabu. Hari dialisis aku. Eh, bukannye aku nk berkira tau..ni nk cerita je..Kalau spital Angah tu kt selayang ok je. Ni boleh tahan gak jauhnya..huhu..

Lps ni Prof nk jumpa balik dlm 6 bulan lagi. Ngam2 je ngan timing nak buat telinga palsu baru Angah nnt. Bulan 10, lps Angah exam UPSR. Tp Prof ada pesan smalam, kalau ada apa2, text je dia / buat appt baru. Harap2 takde la. Boleh lps ni Angah tumpu kat belajar je dulu..

Baha (alat pendengaran) Angah pon InsyaAllah, minggu ni dapat dah gi hantar repair. Procedurenya, kalau kita hantar repair & bayar deposit..supplier tu akan bagi kt kita Baha yg loan punye. Kiranya mcm kita sewa alat yg lain sementara dowang repair kita punye. 

Kat sini jugak aku nk ucapkan bebanyak terima kasih kt sorang reader & kawan2nya (sabrina - dapat kenal nama je. huhu) yg ada hulurkan sumbangan utk Angah. Terharu sangat2. Dapat la aku tambahkan utk kos repair alat Baha tu. Rezeki Angah ^_^  Semoga awak & kawan2 pon dimurahkan rezeki juga ye...Amin YRA..


saya pesakit microtia yg hepi ^_^


eh..nape mama lagi tinggi nih? 
sliper mama tinggi ;)

anak abah ;)


sebelum Prof kerat kulit yg dah tertutup skru bahagian atas..


selepas kerat buang..skang dah ok. cuma nk kene maintainkan la..hari2 kene cuci & tekan2 kulit tu ke bawah.


BAHA
Minggu ni dah boleh hantar alat ni ke supplier utk direpair. Lps ni Angah dah boleh guna balik ^_^

Terima kasih Allah...


::KETENTUAN::

$
0
0
17.4.15

Petang smalam aku dikhabarkan berita sedih. Naemah keguguran. Sekejap je dipinjamkan baby 'Adam&Hawa' dalam rahim dia. Hampir 3 bulan. Tu pon setelah 4 tahun menunggu. Dah tentulah AJ & Naemah rasa kecewa sangat2. Masa ni la semangat & sokongan dari family dan kawan2 diperlukan. Tp macam yg aku ckp pada dowang berdua smalam..Perancangan Tuhan tu baik. Allah dah aturkan semuanya. Disetiap dugaan yg berlaku mesti ada hikmah. Kata doktor, baby tu tak sihat. Mungkin baby tu takmo menyusahkan org tua dia kelak. kan? InsyaAllah, ada lagi rezeki lepas ni. Aku doakan semua yg terbaik utk diaorg. 

Aku bawak balik janin tu smalam. InsyaAllah petang ni kaman akan tanam kt tepi sungai kt bawah rumah aku tu. Esok lusa, naemah akan duk berpantang kt rumah mak. Rehat2kan badan & sembuhkan balik apa yg patut.

Huii..tp nasib baik lah minggu lepas aku sempat buatkan ayam golek tertonggeng utk dia. Ngidam sangat2 nk ayam yg aku golekkan. Takmo yg lain. Suke tengok dia pulun ayam tu. Bersungguh! habis la 2 ekor utk dowang laki bini. Alhamdullilah, at least merasa gak baby, mama intan punye ayam kan. Kalau tangguh nk masak haritu, mau terkilan tak sudah..huhu..

Al~Fatihah utk Baby Adam&Hawa



::CULIK ABAH::

$
0
0
20.4.15

Sabtu haritu lps habis mekap, kami ke Subang. Jalankan operasi menculik Abah. Lama giler aku tak jmp ngan org tua ni. Dia dtg sini sorang je, duk kt umah adik kaman. Dapat culik tido kat rumah aku semalam pon jadik le. Bleh memanje kededek ngan dia. Dah itu jelah seketoi bapak yg aku ada skang ni.

Malam tadi dah balik ke Subang dah dia. Minggu ni abah balik kelate..huhu..raya nnt la baru dpt jumpa. Tu pon kalau ada nyawa lagi..

sepesen anak branak ni. tp abah lagi macho..muahahaha
dah la makin melepak. abah mkn Qu Puteh ye????

mcm biasa, harus la ada gambo romantik kami gini. lama sungguh dah tak manje2 ngan abah. abah dah mcm perangai budak2 skit. hehe...kiut je layan dia. mek baru tak ikut skali. dia gi rumah anak dia kt gua musang sana.

bawak abah gi makan kt kepsi. feberet dia kalau dtg sini. ptg tu lepak2 je kt rumah, aku masakkan sup ayam utk dia, mlm lak kami gi rumah mak. nekmah ada berpantang kt sana. skali harung, jumpa si bedy (adik kaman) kt situ..pulangkan balik abah kt dia ;)


::SATE FEBERET::

$
0
0
28.4.15


Giler lama ko tak hapdet pompuan! choi sgt nih..kowang kalau nk tengok aku hapdet gegambar, gi jelah kt ig.AIZAH_ALIUDDIN. Situ kan senang. Amik gambo - letak caption lebih kurang - upload - siap dah. dasar pemalas ;P

Ni ha..aku nk kaborkan tempat aku mkn sate yg kene ngan tekak aku & rasanya ini sate yg tersedap kt rawang. siyes la..kompom lagi sedap dari sate kajang pak malau kajang melipat tu. rempah dia..daging dia..lemak dia..perghhhh..thorbaek la. Aku ni spesis yg kalau mkn sate, mmg tak kan makan yg ayam punye. ntah nape. aku lagi suka daging. kalau ada perut lagi best aku bedal. lelagi perut tembusu. huwaaaaa..sedapnya! Tp kat sini ada daging & ayam aje. So, utk aku mmg daging la. sambil mkn, sambil cocok nasik impit dia yg lembut tu..hoho

Tempat ni dekat je ngan rumah aku. Satey Kajang 1917 ni stall je. Kira mcm dia tompang niaga kat kedai tomyam. Walie Tomyam nama kedai tu. Meriah ngan bendera kelantan FC. Makanan kt situ boleh tahan sedap gak.  


ini lah stallnye...kemas & bersih je kan.. :)


tu diaaaaaaaaa....! (tertelan2 airlior)

along mkn nasik goreng pattaya


BB + Angah aku tak ingat lak dowang mkn apa. x sampai lg makanan time ni


ko ni Dek...mmg ratu telo la. nasik tu dah ada telo pon nk jugak telo mata. kalau kt umah tu pon sama bebudak ni semua. Masak la lauk apa pon. Tp telo mata tuler yg paling win skali. haha..

mak sapelah ni ha? sampai juling bijik mata.. 
aku mmg kebulor tahap gaban time ni. baru habis cuci dare. kebetulan siap awal haritu, trus la usung bebudak gi makan.


oh sate.. till we meet again! please wait for me..muahhh

::PERGINYA SOFI::

$
0
0
29.4.15

(FB/IG)28.4.15...setelah lebih 4 bulan Sofi sakit, Sofi tak makan...akhirnya Sofi pergi juga tinggalkan Toti, mama, abah & kakak2...bahagialah di Syurga nak. mama ok..mama sendiri pun sebenarnya dah tak sanggup tengok Sofi derita sakit. hari2 mama layan Sofi sama mcm masa Sofi sihat dulu. Walaupun Sofi takmo makan, mama tetap pujuk suapkan juga. tak pernah jemu mama mandikan & masukkan dlm air dgn harapan Sofi terminum juga skit2 air tu..tapi sekarang Sofi dah tak rasa sakit. Sofi dah ada kat Syurga kiki emoticon kakak2..abah..semua nangis. Semua sayangkan Sofi. Semoga anak mama tenang di sana. we luv u so much...

PETANG smalam angah nanges2 call aku bagitau yg Sofi dah tak bergerak. Ingat lagi tak aku penah criter pasal anak bongsu aku tu sakit mata? aku ada criter kt entry NI. Penah gak angah call aku masa aku tgh mencuci dare, katanya Sofi tak gerak. Cuak giler aku time tu. Tp bila aku suh dia ketuk2 kulit & masukkan dlm air, dia gerak balik. Rupanya dia tido kot time tu. Tp kali ni lain. Aku dah suruh angah ketuk2 & angkat masuk air, dia tetap kejung & diam gitu. Makin melalak la angah kt rumah. huhu..

Punyelah berdebarnya aku time nk balik tu. Aku kutip along balik dari skolah dulu smalam. Dlm kete lagi si along dah melalak. Bila aku smp rumah tengok BB pon dah ada. Bengkak2 mata dah nangis. Aku smp tu terus mandikan dulu Sofi. Kiranya smalam tu adalah kali terakhir la aku mandikan dia :(  Masa aku tgh mandikan tu, Adek pulak balik. Memula tu dia ok je bercerita itu ini. Pastu dtg kat sinki tegur 'hai Sofi. Sofi mandi ye..' - dia ingat aku mandikan macam biasa si Sofi tu. Skali tu dia pelik tengok sume org pandang dia. Bila dia tengok along nanges, bb nanges, angah nanges..dia pandang balik Sofi dlm sinki..terus dia melalak. Takyah bagitau dah dia dah boleh agak. Melalak tahap menggigil badan tu. huhu..jenoh aku pujuk sebab takut dia demam. Aku ckp ngan anak2 aku, Sofi dah tak rasa sakit. Dia dah ada kt Syurga. Lps mandikan tu, sorang2 duk pelok dia. Abahnya balik pon trus cari Sofi. Nanges jugak..huhu

Kitaorg tunggu Adek & BB balik dari mengaji baru tanam dia kat tepi sungai, bawah rumah aku. Sebelum bungkus, masing2 bagi last kiss kat Sofi. Toti je yg buat perangai. Takmo dekat langsung kt Sofi. Agaknya dia tak sampai hati kot kan...membesar sesama, tinggallah Toti je sorang dlm bilik air tu..rasanya aku takkan lepaskan Toti. Sebab bila difikir2 balik, dari dia lahir pon mmg dah kat dalam akuarium. Makan pon diberi, tak cari sendiri. Mcm Toti skang ni mmg manje giler ngan aku. Dia kenal sgt2 dah mama dia ni. Kalau dari bilik air tu dia nampak aku kat sinki, mmg dia akan keluar. Sama la kalau aku masuk nk kencing, dia tinjau dulu tengok sape. Kalau aku, dia kluar. Kalau nk mintak makan..dia akan masuk dlm bekas air dia. smp nk berdiri bila tgk aku pegang makanan. Bila lepaskan dia merayap dlm rumah pon, dia tau nk balik balik tempat dia kt dapur tu. Cerdik & Manje. Tak tergamak aku nk lepaskan..bukannye aku kutip dia dari memana paya. Lain la gitu, mmg kene lepaskan ke tempat asal dia balik. Ni apa pun harapkan mama dia. Mandikan, garukkan kulit, suap makan, bagi makan..kalau lepaskan mesti dia mati sbb tak dpt nk sesuaikan diri.. biar jelah dia hidup kt rumah..


Sofi & Toti ni AJ yg hadiahkan masa bestday aku 4 tahun sudah...11.11.11

 Toti


Sofi..alolooo tomei tetiknya anak mama ni. slow, lembut je dia. tu yg bagi nama Sofi. yg Toti tu lasak skit. lajuuuu je. beso lak tu. gomok. haha..


masa kekecik dulu duk dlm akuarium..siap ada swimming pool kt hujung sana tu..nampak?


 dah besar skit, selalu kami bawa dowang men kt luar. kalau kami gi mandi kt sungai pon kami usung skali, bagi dowang duduk kt celah2 rumput tepi sungai tu. Kalau tak ke mana2, lepaskan je dlm rumah..


 Sofi masa budak..suka tol dia memanjat2. pastu carik celah2 baju nk tido. hehe..kiut giler


 masa tu pon Toti dah gomok. besar berganda dari Sofi


ni gambar Sofi 2 minggu lepas. camni la dia dlm bilik air tu. tido aje. ada jugak la dia bukak2 mata skit. pastu katup balik. Aku mandikan dia, suap dia..(tp tak penah mkn pon sejak sakit tu), siram dia ngan air..aku layan mcm Toti jugak. Tp dah ajal dia kan..biarlah dia pergi. kesian tengok dia camni..

si gomok Toti ni takyah criter la..manje..tp cerdik ;)


 11.11.11 - 28.4.15
anak Syurga mama :)

 last temukan Toti & Sofi. tp Toti macam takmo dekat dgn Sofi. Tak sampai hati agaknya dia kan.. :(


 last mama mandikan dia.. 

angah yg mula2 perasan Sofi mati. melalak dia call aku..smp ke malam tak brenti lagi nanges. diribanya aje si Sofi tu..


boleh pulak kebetulan smalam kawan adek bagi dia pemadam bentuk kekura. tu dia kata, boleh gantikan Sofi. siap suh aku tulis huruf S kat pemadam tu..


Sofi mmg suka bila mama belai2 dia gini..belai2 atas kepala..kat dagu..garu kulit dia. sampai berjoget2 ;)


sayang Sofi..

si bongsu + si bongsu


 abah pon nanges...


along dari dlm kete dah melalak..


BB ni seboleh2 dia tak kasi kami nk tanam Sofi. dia suruh letakkan aje kat dlm bilik air tu. ish..


'jangan la tanam dia...jangan la tanam dia ma..jangan la..' - sampai tertido nanges  :(


tp akhirnya tanam jugak..ramai2 turun tengok abah tanam Sofi.


semoga anak mama tenang & hepi kat sana.
we luv u so much Sofi..




::LANS KOPERAL QIQIN::

$
0
0
30.4.15

Along ni mmg dari dulu pon minat sungguh dgn aktiviti koko dia. Tang tu mmg dia aktif la. Dari tahun sudah2 pon dia akan masuk pertandingan berkawad. Gigih la setiap hari lps sekolah berlatih dengan team KRS dia. Sampai lengit hangit semua cukup. haha..baru2 ni dia ada masuk pertandingan kawad peringkat daerah. Dialah jadi komandernya. Dlm berpuluh2 team yg join, dowang dpt tempat ke 4. Ok la tu kan..Lps tu masuk lak hutan. Takde la jauh mana pon dari rumah. Kt Templer tu je. 3 hari dlm hutan, kluar tu dah takde rupa orang. Time aku gi kutip dia ngan kengkawan..mak oiiiiii! tak bernapas mak ko nak. rupanya dlm masa 3 hari tu, sekali je dowang dpt mandi. choiiii. pitam! Memasing hangus aku tengok. Dengan si along tumbuh jerawat bertonggok2 atas hidung. Tu le kau long...fefeeling sgt nk pakai losyen la..krim la kononnye. Hampeh la. Nama pon camping. Mana la sempat. Dah le itu kiranya kursus kenaikan pangkat. Tapi dia lulus, dpt jadi Lans Koperal. Komander pon dia jugak. Tak padan ngan halusnya..sore mcm petir! ko tu ikut sape la long..aihhh (krik....krik...) ;P

Semalam pon dia ada pertandingan kawad peringkat skolah. Tp dia tak jadi komander. Dia latihkan aje. Kali ni dia nk berkawad skali. Dan akhirnya....yeayyyyyyyy! Dapat jadi juara. Bukan takat juara kawad perempuan je, tp KRS lelaki pon dpt, juara platon & juara keseluruhan. Bukan men hepi dowang semua. Along sampai tak cukup2 nafas nak cerita kt kami camne org bersorak time dowang show kawad tu & meriahnya masa memasing amik hadiah. Nanges2 ko. Yelah kan..hari2 berlatih. Jenuh jugak la dia tiap kali habis tu berjalan kaki gi tempat aku dialisis. Nak tompang balik sekali. Kalau tak, ditunggunya aku kat jambatan jalan besar tu. Hari2. Lps ni rehat la long. Tumpu kat belajar pulak yek ;)

Apa2 pon, tahniah utk along & pasukan KRS Sek Men Rawang. Uols mmg the best!!!


masa ni baru kluar dari hutan..dpt naik pangkat.
hye Lans Koperal Ainnur Ashiqin ^_^
beso nnt jadi polis tau. jgn jadi askar lak..haha

 gigih dia usung benda ni bawak gi dialysis center masa aku tgh mencuci dare ptg smalam.
piala yg beso2 sume tinggal kt skolah. dpt tunjuk gambar je kt mama. 
mama tompang hepi.. ^_^


Viewing all 565 articles
Browse latest View live